Langkau ke kandungan

Data lebih jelas.
Kerja lebih mudah.

Belajar Power BI dan AI assistant, atau dapatkan bantuan untuk dashboard dan automasi kerja.

Kami ajar langkah demi langkah dan bantu bina sistem mengikut keperluan kerja anda.

Contoh kegunaan dalam kerja harian
Fail ExcelRekod jualan
Bersihkan data & bina model
Laporan yang senang dirujuk.
  • Ukuran yang jelas
  • Penapis interaktif
  • Rujukan untuk pasukan

Excel → Power BI → dashboard

Contoh aliran kerja.

Latihan dan pembangunan untuk individu & pasukan.

Power BI AI assistant Automasi

Pilih latihan atau
bantuan membina sistem.

Nak belajar buat sendiri? Sertai latihan mengikut tahap anda. Kalau perlukan sistem untuk pasukan, kami boleh bantu membinanya.

Untuk yang selalu buat laporan

Latihan Power BI

Belajar kemaskan data Excel, tulis DAX dan bina dashboard. Anda ikut langkahnya sendiri supaya senang nak ulang bila kembali bekerja.

  • Excel & Power Query
  • Model data & DAX
  • Dashboard interaktif

Sesuai untuk individu dan pasukan yang mengurus laporan.

Tanya tentang latihan Power BI
Untuk yang nak cuba AI dalam kerja

Latihan AI assistant

Pasang Hermes, sambungkan model AI dan cuba tugasan melalui Desktop atau Telegram. Belajar beri arahan, gunakan tools dan semak hasilnya.

  • Setup Hermes & model AI
  • Tools, memori & skills
  • Latihan dengan tugasan contoh

Sesuai untuk pengguna yang sudah biasa berbual dengan AI.

Tanya tentang latihan AI
Untuk pasukan yang perlukan sistem

Dashboard & automasi

Kami bantu bina dashboard, portal atau automasi mengikut proses pasukan anda. Kita tentukan apa yang perlu dibuat dan tetapkan skopnya bersama.

  • Semak proses kerja sekarang
  • Bina & uji sistem
  • Panduan untuk pasukan anda

Sesuai jika anda perlukan bantuan membina penyelesaian.

Ceritakan projek anda

E-mel kami untuk bincang kandungan latihan, skop projek dan yuran.

Belajar bina dashboard
daripada data Excel.

Ikut cara sediakan data, bina model dan tulis DAX sehingga jadi dashboard jualan. Panduan bergambar membantu anda semak setiap langkah.

  1. Susun data
  2. Bina model
  3. Faham laporan
Lihat panduan Power BI
Hasil latihan Power BIContoh dashboard
Dashboard latihan Sales Performance dalam Power BI, dengan kad ukuran, carta jualan dan penapis suku tahun.
Contoh dashboard latihan Power BI.

Kita tengok cara
anda bekerja dahulu.

Ceritakan bahagian yang selalu melambatkan kerja pasukan anda.

Kami semak proses dan tools yang anda guna sebelum cadangkan latihan atau sistem yang sesuai.

  1. Fahami proses kerja

    Kita kenal pasti siapa yang terlibat dan kerja yang kerap perlu diulang.

  2. Tetapkan skop dan kos

    Kita setuju tentang apa yang akan dibuat, tempoh dan kos sebelum bermula.

  3. Bina dan cuba bersama

    Anda cuba hasil latihan atau sistem yang dibina. Kami tunjuk cara gunakannya dan semak bahagian yang perlu dibaiki.

Soalan yang biasa ditanya

Kena tahu coding dulu?

Tak perlu untuk mula belajar Power BI atau guna Hermes Desktop. Kita sesuaikan tahap latihan dengan pengalaman peserta. Kalau masuk topik integrasi atau automasi lanjutan, barulah pengetahuan teknikal lebih diperlukan.

Boleh buat latihan untuk satu pasukan?

Boleh. E-mel topik yang diminati, anggaran peserta dan tahap mereka sekarang. Daripada situ, kita bincang kandungan, format, tarikh dan yuran latihan.

Kalau belum pasti nak latihan atau bina sistem?

Ceritakan kerja yang pasukan anda buat sekarang dan bahagian yang selalu sangkut. Kami bantu tentukan sama ada latihan, ubah sedikit proses atau bina sistem lebih sesuai.

Kos software dan model AI termasuk sekali?

Lesen software, penggunaan model AI dan hosting mungkin ada caj berasingan. Kami jelaskan keperluan ini semasa bincang skop latihan atau projek.

Bincang latihan
atau projek anda.

Nak susun latihan untuk pasukan atau ada kerja yang perlukan automasi? Terus e-mel kami dan ceritakan keperluan anda.

admin@technolytics.my

E-mel keperluan anda.

Untuk latihan, beritahu topik dan anggaran peserta. Untuk projek, ceritakan proses yang anda nak baiki.

E-mel Technolytics

admin@technolytics.my